Sunday, October 4, 2009

XX vs XY


Malam tadi hujan lebat. Sangat lebat. Anak mata aku mengecil tatkala menerjah keluar jendela. Tiada apa yang terlalu jelas kelihatan. Kesejukan hujan membuatkan aku leka bahawa jam menunjukkan tepat pukul 12 malam. Waktu aku habis kerja. Yabedabedooo...
"Bantal disorong..pipi pula yang tersorong-sorong"-pepatah bagi mereka yang ngantok tahap robot Gaban..itulah pepatah yang sesuai untuk aku. Terlupa solat Isyak aku terus menempelkan pipi gebuku ke bantal. Selimut(free gift Caltex) dan Toto biru pinjaman bos aku langsung tidak digunakan sama sekali. Bukan sombong tetapi kita kene respect pepatah tadi.
Sedang aku melayan tidur lenaku..aku bermimpi. Mimpi malam ni sungguh menyedarkan aku walaupun objektifnya tetap tidak jelas. Aku bermimpi bahawa ayahanda aku telah "pergi" selama-lamanya. Bukankah itu menakutkan? Ikhlas dari lubuk hatiku berkata : "Abah janganlah pergi dulu. Masih banyak perkara yang perlu berubah dan diubah. Semuanya pasti untuk Abah. Abah, aku tidak perlukan sangat anak yang comel, isteri yang cantik dan kekayaan yang melimpah ruah, tetapi cukuplah sekadar dapat memberi keceriaan dan kebahagian di wajah Abah. I love U Dad. U are the One. U always be the One."
Semoga mimpi tadi tidak melangkaui doaku..kalau berani langkau..langkah Misai Tebalku dulu..
Itu ceritera duka..Ini ceritera suka untuk hari ini..
Bangun pagi dari mimpi yang aku anggap mainan dan cabaran, bos aku mengajak aku bersarapan di luar. Semalam aku dan bos aku joging dahulu dan baru sarapan. Tetapi pagi ni berbeza sikit. Aku dan bos aku bersarapan tanpa berjoging dahulu. Anda nak tahu apa yang kami sarapankan? Beberapa keping roti canai. Anda tahu sekeping roti canai kosong bersamaan dengan apa? Sama seperti jikalau kita berjoging sejauh 90 km dan baru hilanglah segala lemak dan kalestrol yang ada didalamnya. Kalau roti bawang tak silap saya 100 km. Kalau roti telur mungkin tambah 20 hingga 30 km lagi. Arghhh...kalau roti planta lagi la..so, moralnya jangan makan roti canai ataupun berjoging dengan distance yang jauh. Tak pula bermaksud kalau tak makan roti canai tak perlu joging yer..
Alamak!!!Kedai roti canai yang selalu tu tutup!!SZHING!!SZHING!!SZHING!! Jadi aku pun terus pergi ke kedai roti canai yang lagi satu. Tak jauh pun dari situ. Cuma bos aku cakap kedai yang lagi satu ni tak bape nak sedap sangat. Disebabkan malas nak cari tempat lain maka kami pun bersetuju untuk bersarapan di kedai tersebut. Jalan tar dilintas oleh kami berdua dengan cukup hati-hati. Kelihatan aku dengan berseluar pendek putih merasa diri ini terlalu seksi pulak. Namun tiada gadis sunti yang berada di kedai tersebut. Alangkah ruginya gadis-gadis sunti tersebut kerana tidak berpeluang melihat aku berpakaian sebegitu rupa. Arghh..biarkan mereka..aku pun kadang-kadang tak selesa jugak kalau asyik selalu dipandang dan dingorat oleh gadis-gadis ni. Privacy is not for all place.
Sedang aku meninjau untuk mencari meja kosong, ku terlihat seseorang seperti pernah ku lihat. Tapi di mana ya?? Jeng!Jeng!Jeng! Serentak ketika aku melihat si dia(lelaki), si dia pun melihat aku. Perkataan pertama yang terkeluar dari mulut aku "hang Apek ka?". Dia pun membalas "hang Bong kan?". Anda tahui siapa Apek ni? Dia adalah kawan aku semasa menuntut di matrikulasi ketika dahulu. Dia juga adalah rakan seunibersiti aku jugak. Bezanya di matrikulasi aku sekuliah dan seasrama dan semasa di unibersiti kami berlainan kos. Apek ni juga adalah bekas juruteknik Winet yang juga merangkap individu yang pernah bekerjasama dengan bos aku sekarang ni. Sebabnya bos aku agen Winet suatu ketika dahulu. Maka kami berboraklah..Apek dah berkeluarga. Anak dah sorang..lama jugak kami berborak. Cerita pasal kisah lama..kenakalan dan kedegilan sewaktu remaja, rakan-rakan lama dan sedikit komen pedas terhadap pengurusan Winet (bab tu aku tak masuk campur..depa yang komen). Akhirnya kami meminta diri dan Apek dengan murah hati belanja kami sarapan pagi tu..Apek, semoga hang murah rezeki.
Itulah kisah hari ini..bye. Selamat Maju Jaya. Dogewedoh..Noh O?Noh O? Seaa seaa!!Say Whud?

SD

No comments:

Post a Comment