Laporan surat khabar Metro bertarikh 17.11.09 menyiarkan bahawa bilangan graduan yang menganggur sangat ramai. Laporan yang mengatakan bahawa graduan penganggur terhormat ini dianggar seramai 69 760 orang.
Bilangan ini diambil dari laporan yang diberi oleh Kementerian Sumber Manusia melalui pengisian borang JCS (Job Clearing System) di mana pekerja asing yang dibawa masuk ke dalam negara ini juga perlu dahulu mendattar di JCS.
Perkara ini sering ditimbulkan dan dipersoalkan di mana-mana serta mendapat perhatian di Parlimen apatah graduan dari UITM adalah bilangan tertinggi yang berdaftar dengan JCS.
Persoalannya dimanakah silapnya perkara ini?
Adakah negara kita yang kaya raya tidak memberi banyak peluang pekerjaan? Mestikah jika graduan yang terhasil dari satu-satu pengajian hanya perlu bekerja berkaitan dengan pengajian itu sahaja? Nampaknya itu sudah dikira memilih kerja..
Kita tidak akan boleh menganggar pendapatan bagi sesuatu pekerjaan tanpa menceburinya dengan penuh komitmen. Terdapat ruang yang diberikan majikan untuk tempoh pembelajaran walaupun apa yang dipelajari di pusat pengajian tinggi berlainan dengan pekerjaan tersebut.
Hakikatnya ia terpulang pada individu terbabit. Adakah kerana mengambil sikap memilih membuatkan mereka akan mendapat pekerjaan yang diidami? Adakah dengan memilih pekerjaan yang setaraf dengan apa yang dipelajarinya boleh menjamin mereka untuk terus kekal di puncak dalam sesebuah institusi pekerjaan terbabit?
Perlukah graduan jurusan jurutera yang mempunyai pointer cukup-cukup makan di IPT berharap secara tiba-tiba mendapat jawatan Senior Engineer?
Pekerjaan dan pembelajaran adalah satu situasi dan proses yang berbeza. Pendapat saya ialah proses pembelajaran adalah satu proses yang lebih kepada teori. Tetapi di dalam proses pekerjaan mereka perlu fleksibel samada dalam konteks amali, komunikasi, kecekapan dan "politik kerja".
Tidak mustahil terdapat mereka yang cerdik pandai semasa di IPT boleh berada di bawah orang yang tidaklah sangat kecerdikannya semasa di alam pekerjaan. Bagaimana pula situasi ini berlaku?
Adakah kerana rating kecerdikannya menurun? Pada pendapat saya jawapannya TIDAK. Mereka masih cerdik. Malah masih lebih cerdik dari orang yang kurang cerdik.
Bekerjalah selagi hidup walau apapun karier yang dipilih. Kerja adalah pilihan. Tepuk dada tanya selera. Mengundur mati, merangkak bertapak.
-Bintang jatuh-
Wednesday, November 18, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)