Tuesday, October 27, 2009

PISAU CUKUR

Pawagam dijangka akan digegarkan oleh sebuah tayangan the movie baru bertajuk Pisau Cukur pada jangkaan tarikh 5hb November 2009. Lihat sahaja tajuknya rata-rata peminat penonton wayang sudah boleh baca apa mesej yang diutarakan oleh cerita yang dibarisi oleh pelakon-pelakon lelaki yang kacak serta pelakon-pelakon perempuan yang jelita dan seksi. Pada pendapat aku mesej apa yang dikatakan dalam filem Pisau Cukur ini adalah diertikan sama dengan "Kaki Ketuk Duit". Itu pandangan aku la. Tak tahu pula pandangan orang lain.
Pisau Cukur adalah peralatan yang digunakan oleh manusia untuk mencukur bulu samada bulu ketiak, bulu kepala atau bulu dimana-mana kawasan anggota badan. Tidak pelik jika aku katakan di ketika dunia serba moden dan canggih ini, manusia boleh mencukur bulu kambing biri-biri. Eh!! Mesin untuk mencukur bulu kambing biri-biri pun dinamakan Pisau Cukur jugak ker?? Pada aku itu juga dikira Pisau Cukur la..sebab itu dikira bulu. Bezanya kambing biri-biri tersebut tidak mencukur bulunya sendiri tetapi meminta pertolongan orang lain (pencukur)untuk membantunya mencukur bulu-bulu tersebut.
Manusia disifatkan makhluk Allah sebagai makhluk yang sangat istimewa. Jika tidak selesa dengan apa yang ada di tubuh badan dan ianya boleh diubah mengikut hukum syarak perkara itu diharuskan dan sesetengahnya disunatkan. Ini termasuk mencukur di kawasan beberapa anggota badan yang berbulu. Mungkin bila kita bincangkan isu ini ianya cukup sensitif kerana ianya melibatkan sedikit sensitiviti seksual manusia. Oleh yang demikian aku hendak berbicara mengenai Pisau Cukur pada sudut yang berlainan.
Tidak kira lelaki atau wanita, gelaran Pisau Cukur boleh dianugerahkan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira gender. Malah anugerah ini juga boleh mendapat pengiktirafan berbentuk makian dan sumpahan. Istimewa tu..Gelaran Pisau Cukur yang aku maksudkan adalah seperti maksud yang mula-mula aku ertikan iaitu Kaki Ketuk Duit.
Erti yang lebih dalam dan pedas adalah bagi mereka yang seperti tiada maruah, seperti tiada makbapak, seperti menidakkan erti cinta, seperti membangga diri bahawa duit itu adalah yang utama yang sanggup menggunakan individu lain di dalam suatu perhubungan yang tidak ikhlas hanya semata-mata untuk mendapatkan kepentingan dan kesenangan diri samada dalam bentuk wang ringgit ataupun harta benda.
Bagi aku mereka ini seperti orang murahan. Mereka lebih hina dari maknyah-maknyah dan pelacur di lorong-lorong. Sangkaan bahwa hanya wanita sahaja tergolong di dalam kategori tersebut adalah tidak benar. Terdapat juga kaum Adam yang berperangai buruk seperti itu. Tetapi aku juga tidak nafikan bahawa golongan wanita lebih ramai yang tergolong di dalam kategori ini. Entah di mana silapnya. Dan siapa yang harus disilapkan. Si Ketuk Duit ka? Si Mangsa ka? Jika yang dikikis itu adalah seorang yang kaya dan mempunyai banyak harta, tentulah golongan ini berada pada kedudukan yang selelsa dari segi akedemik dan taraf hidup. Tetapi demi dihanyut perasaan yang di"cipta" oleh Si Ketuk Duit, maka segalanya adalah indah. Indah yang Bodoh.
bersambung..

Thursday, October 22, 2009

HuRA Vs AMor

Sepanjang minggu ini ada sahaja yang tidak kena. Berkarya tanpa arah tuju dan tujuan membuatkan hidup ini seperti dihayun dengan buai yang laju. Tangan yang menghayun buai itu pula kuat. Maka lajulah buai itu. Bagi aku yang mempunyai tangan yang kurus kerana tidak mampu membesarkan tangan atau berlagak seolah-olah mempunyai tangan yang besar tidak mampu menghayun buaian tersebut dengan laju.

Semalam aku teringatkan Si Amor. Entah di mana silapnya kenangan yang dah berkubur, aku masih mengingatkan lagi. Apa la aku ni..Taraf, gaya hidup, ideologi dan pandangan aku dan Amor sangat berbeza. Adakah perbezaan yang membuatkan kehidupan aku dan Amor lebih menarik?Adakah SAMA bererti BOSAN? Perlukah kita selalunya sama?
Pernah sekali dua aku menonton cerita perang Combat. Adakah keberanian sahaja yang diadaptasi untuk cerita ini? Sesekali cerita ini paparkan beberapa tentera terkena peluru dan mereka tidak mati katak. Mereka menahan kesakitan memperjuangkan nyawa sendiri ketika itu. Argh!!!! Betapa peritnya terkena peluru tersebut. Kalau mati katak terus masa tu kan tak perlu menahan kesakitan yang teramat sangat.
Menahan kesakitan Cinta itu lebih sakit dan perit. Kerinduan tak seindah seperti yang disangka. Menahan kerinduan tanpa melepasnya seperti sembelit yang berada pada tahap maksima. Bayangkan sejenak...(sudah bayangkan???) Bukankah pakar Cinta mengatakan Rindu itu indah. Entah di mana indahnya..aku pun agak sukar untuk menganggukkan kepala kerana itu.
Bintang..berkediplah..jatuh dan aku akan dakap kau erat-erat.

Thursday, October 15, 2009

Hidung dan Lalat


Tahi lalat di dagu tiada ertinya tanpa muka yang berseri. Menjadi impian setiap insan supaya tahi lalat kita diletakkan pada anggota badan atau part-part yang kia suka. So, jika diletakkan pada tempat yang betul maka kita boleh la paparkannya tanpa mengambil kira ianya tahi lalat tetapi aksesori tambahan semulajadi yang menonjol. Phua Chu Kang, Azean irdawaty, Kak Pah dan beberapa selebriti yang mempunyai tahi lalat yang menonjol membuatkan mereka lebih tertonjol. Adakah anda setuju dengan penilaian dan teori saya ini? Sudah tentu ada yang setuju dan sudah pasti ada yang nak membangkang jer penulisan aku ni..tapi lantak la..ni blog aku..nak cerita pasal tahi hidung pun aku kisah aper..
Sepanjang minggu ni sebenarnya tekde kene mengena pasal tahi lalat pun..sajer nak buat opening yang boleh wat kita sedar tentang impian masing-masing. Impian Tahi Lalat.
Minggu ni aku pi tengok Papadom. Papadom pun takde kene mengena dengan tahi lalat. Tahi hidung apatah lagi. Cume saper yang menonton mungkin citer tu ader terkait dengan kisah korang sape la yang tau..Apepun jari ibu naik untuk pengarah nyer..Dengarnye pengarah nyer terlebih berat tak turun-turun. Ngerik!!!
Hidup Papadom!!!


SD

Monday, October 12, 2009

sElAmaT UlAnG TaHUn BoSs..


Kuning menjadi segalanya untuk hari ini..jangan katakan pokok-pokok yang berwarna hijau..apatah lagi dinding luar bangunan ini..semuanya sudah kelihatan kuning..itu lah tema ulang tahun hari jadi bos aku..
Entah kenapa..ape yang membuatkan dia menyukai warna kuning..hanya empunya diri sahaja yang tahu..
Sejak pukul 12 malam tadi bermula lah tahun yang ke-26 untuk bos aku. Semoga berjaya dalam kehidupan luaran(kerjaya) dan dalaman(sosial).
Semoga *L pun boleh hidup bahagia..
Jangan katakan *L..MST pun boleh hidup bahagia..
Si Kuning??

Heppy Birthday Bos!!

SD

Sunday, October 4, 2009

XX vs XY


Malam tadi hujan lebat. Sangat lebat. Anak mata aku mengecil tatkala menerjah keluar jendela. Tiada apa yang terlalu jelas kelihatan. Kesejukan hujan membuatkan aku leka bahawa jam menunjukkan tepat pukul 12 malam. Waktu aku habis kerja. Yabedabedooo...
"Bantal disorong..pipi pula yang tersorong-sorong"-pepatah bagi mereka yang ngantok tahap robot Gaban..itulah pepatah yang sesuai untuk aku. Terlupa solat Isyak aku terus menempelkan pipi gebuku ke bantal. Selimut(free gift Caltex) dan Toto biru pinjaman bos aku langsung tidak digunakan sama sekali. Bukan sombong tetapi kita kene respect pepatah tadi.
Sedang aku melayan tidur lenaku..aku bermimpi. Mimpi malam ni sungguh menyedarkan aku walaupun objektifnya tetap tidak jelas. Aku bermimpi bahawa ayahanda aku telah "pergi" selama-lamanya. Bukankah itu menakutkan? Ikhlas dari lubuk hatiku berkata : "Abah janganlah pergi dulu. Masih banyak perkara yang perlu berubah dan diubah. Semuanya pasti untuk Abah. Abah, aku tidak perlukan sangat anak yang comel, isteri yang cantik dan kekayaan yang melimpah ruah, tetapi cukuplah sekadar dapat memberi keceriaan dan kebahagian di wajah Abah. I love U Dad. U are the One. U always be the One."
Semoga mimpi tadi tidak melangkaui doaku..kalau berani langkau..langkah Misai Tebalku dulu..
Itu ceritera duka..Ini ceritera suka untuk hari ini..
Bangun pagi dari mimpi yang aku anggap mainan dan cabaran, bos aku mengajak aku bersarapan di luar. Semalam aku dan bos aku joging dahulu dan baru sarapan. Tetapi pagi ni berbeza sikit. Aku dan bos aku bersarapan tanpa berjoging dahulu. Anda nak tahu apa yang kami sarapankan? Beberapa keping roti canai. Anda tahu sekeping roti canai kosong bersamaan dengan apa? Sama seperti jikalau kita berjoging sejauh 90 km dan baru hilanglah segala lemak dan kalestrol yang ada didalamnya. Kalau roti bawang tak silap saya 100 km. Kalau roti telur mungkin tambah 20 hingga 30 km lagi. Arghhh...kalau roti planta lagi la..so, moralnya jangan makan roti canai ataupun berjoging dengan distance yang jauh. Tak pula bermaksud kalau tak makan roti canai tak perlu joging yer..
Alamak!!!Kedai roti canai yang selalu tu tutup!!SZHING!!SZHING!!SZHING!! Jadi aku pun terus pergi ke kedai roti canai yang lagi satu. Tak jauh pun dari situ. Cuma bos aku cakap kedai yang lagi satu ni tak bape nak sedap sangat. Disebabkan malas nak cari tempat lain maka kami pun bersetuju untuk bersarapan di kedai tersebut. Jalan tar dilintas oleh kami berdua dengan cukup hati-hati. Kelihatan aku dengan berseluar pendek putih merasa diri ini terlalu seksi pulak. Namun tiada gadis sunti yang berada di kedai tersebut. Alangkah ruginya gadis-gadis sunti tersebut kerana tidak berpeluang melihat aku berpakaian sebegitu rupa. Arghh..biarkan mereka..aku pun kadang-kadang tak selesa jugak kalau asyik selalu dipandang dan dingorat oleh gadis-gadis ni. Privacy is not for all place.
Sedang aku meninjau untuk mencari meja kosong, ku terlihat seseorang seperti pernah ku lihat. Tapi di mana ya?? Jeng!Jeng!Jeng! Serentak ketika aku melihat si dia(lelaki), si dia pun melihat aku. Perkataan pertama yang terkeluar dari mulut aku "hang Apek ka?". Dia pun membalas "hang Bong kan?". Anda tahui siapa Apek ni? Dia adalah kawan aku semasa menuntut di matrikulasi ketika dahulu. Dia juga adalah rakan seunibersiti aku jugak. Bezanya di matrikulasi aku sekuliah dan seasrama dan semasa di unibersiti kami berlainan kos. Apek ni juga adalah bekas juruteknik Winet yang juga merangkap individu yang pernah bekerjasama dengan bos aku sekarang ni. Sebabnya bos aku agen Winet suatu ketika dahulu. Maka kami berboraklah..Apek dah berkeluarga. Anak dah sorang..lama jugak kami berborak. Cerita pasal kisah lama..kenakalan dan kedegilan sewaktu remaja, rakan-rakan lama dan sedikit komen pedas terhadap pengurusan Winet (bab tu aku tak masuk campur..depa yang komen). Akhirnya kami meminta diri dan Apek dengan murah hati belanja kami sarapan pagi tu..Apek, semoga hang murah rezeki.
Itulah kisah hari ini..bye. Selamat Maju Jaya. Dogewedoh..Noh O?Noh O? Seaa seaa!!Say Whud?

SD