Pawagam dijangka akan digegarkan oleh sebuah tayangan the movie baru bertajuk Pisau Cukur pada jangkaan tarikh 5hb November 2009. Lihat sahaja tajuknya rata-rata peminat penonton wayang sudah boleh baca apa mesej yang diutarakan oleh cerita yang dibarisi oleh pelakon-pelakon lelaki yang kacak serta pelakon-pelakon perempuan yang jelita dan seksi. Pada pendapat aku mesej apa yang dikatakan dalam filem Pisau Cukur ini adalah diertikan sama dengan "Kaki Ketuk Duit". Itu pandangan aku la. Tak tahu pula pandangan orang lain.
Pisau Cukur adalah peralatan yang digunakan oleh manusia untuk mencukur bulu samada bulu ketiak, bulu kepala atau bulu dimana-mana kawasan anggota badan. Tidak pelik jika aku katakan di ketika dunia serba moden dan canggih ini, manusia boleh mencukur bulu kambing biri-biri. Eh!! Mesin untuk mencukur bulu kambing biri-biri pun dinamakan Pisau Cukur jugak ker?? Pada aku itu juga dikira Pisau Cukur la..sebab itu dikira bulu. Bezanya kambing biri-biri tersebut tidak mencukur bulunya sendiri tetapi meminta pertolongan orang lain (pencukur)untuk membantunya mencukur bulu-bulu tersebut.
Manusia disifatkan makhluk Allah sebagai makhluk yang sangat istimewa. Jika tidak selesa dengan apa yang ada di tubuh badan dan ianya boleh diubah mengikut hukum syarak perkara itu diharuskan dan sesetengahnya disunatkan. Ini termasuk mencukur di kawasan beberapa anggota badan yang berbulu. Mungkin bila kita bincangkan isu ini ianya cukup sensitif kerana ianya melibatkan sedikit sensitiviti seksual manusia. Oleh yang demikian aku hendak berbicara mengenai Pisau Cukur pada sudut yang berlainan.
Tidak kira lelaki atau wanita, gelaran Pisau Cukur boleh dianugerahkan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira gender. Malah anugerah ini juga boleh mendapat pengiktirafan berbentuk makian dan sumpahan. Istimewa tu..Gelaran Pisau Cukur yang aku maksudkan adalah seperti maksud yang mula-mula aku ertikan iaitu Kaki Ketuk Duit.
Erti yang lebih dalam dan pedas adalah bagi mereka yang seperti tiada maruah, seperti tiada makbapak, seperti menidakkan erti cinta, seperti membangga diri bahawa duit itu adalah yang utama yang sanggup menggunakan individu lain di dalam suatu perhubungan yang tidak ikhlas hanya semata-mata untuk mendapatkan kepentingan dan kesenangan diri samada dalam bentuk wang ringgit ataupun harta benda.
Bagi aku mereka ini seperti orang murahan. Mereka lebih hina dari maknyah-maknyah dan pelacur di lorong-lorong. Sangkaan bahwa hanya wanita sahaja tergolong di dalam kategori tersebut adalah tidak benar. Terdapat juga kaum Adam yang berperangai buruk seperti itu. Tetapi aku juga tidak nafikan bahawa golongan wanita lebih ramai yang tergolong di dalam kategori ini. Entah di mana silapnya. Dan siapa yang harus disilapkan. Si Ketuk Duit ka? Si Mangsa ka? Jika yang dikikis itu adalah seorang yang kaya dan mempunyai banyak harta, tentulah golongan ini berada pada kedudukan yang selelsa dari segi akedemik dan taraf hidup. Tetapi demi dihanyut perasaan yang di"cipta" oleh Si Ketuk Duit, maka segalanya adalah indah. Indah yang Bodoh.
bersambung..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment