Thursday, October 22, 2009

HuRA Vs AMor

Sepanjang minggu ini ada sahaja yang tidak kena. Berkarya tanpa arah tuju dan tujuan membuatkan hidup ini seperti dihayun dengan buai yang laju. Tangan yang menghayun buai itu pula kuat. Maka lajulah buai itu. Bagi aku yang mempunyai tangan yang kurus kerana tidak mampu membesarkan tangan atau berlagak seolah-olah mempunyai tangan yang besar tidak mampu menghayun buaian tersebut dengan laju.

Semalam aku teringatkan Si Amor. Entah di mana silapnya kenangan yang dah berkubur, aku masih mengingatkan lagi. Apa la aku ni..Taraf, gaya hidup, ideologi dan pandangan aku dan Amor sangat berbeza. Adakah perbezaan yang membuatkan kehidupan aku dan Amor lebih menarik?Adakah SAMA bererti BOSAN? Perlukah kita selalunya sama?
Pernah sekali dua aku menonton cerita perang Combat. Adakah keberanian sahaja yang diadaptasi untuk cerita ini? Sesekali cerita ini paparkan beberapa tentera terkena peluru dan mereka tidak mati katak. Mereka menahan kesakitan memperjuangkan nyawa sendiri ketika itu. Argh!!!! Betapa peritnya terkena peluru tersebut. Kalau mati katak terus masa tu kan tak perlu menahan kesakitan yang teramat sangat.
Menahan kesakitan Cinta itu lebih sakit dan perit. Kerinduan tak seindah seperti yang disangka. Menahan kerinduan tanpa melepasnya seperti sembelit yang berada pada tahap maksima. Bayangkan sejenak...(sudah bayangkan???) Bukankah pakar Cinta mengatakan Rindu itu indah. Entah di mana indahnya..aku pun agak sukar untuk menganggukkan kepala kerana itu.
Bintang..berkediplah..jatuh dan aku akan dakap kau erat-erat.

No comments:

Post a Comment