Anak mata aku cube menembusi tingkap kaca berbingkai alluminium..biasan dari ketumpatannya tidak mengganggu untuk aku fokus kepada gerai tepi jalan di luar yang dah start menjual lemang2 panas.Bagi aku yang tak berapa minat sangat makan lemang, hanya mampu lihat skil2 mereka memasak lemang. Di luar sana kelihatan seorang wanita berumur awal 40-an berligar-ligar di keliling gerai menjual lemangnya. Entah ape yang dibuatnya. Sekejap dia mengambil buluh..sekejap dia measukkan suatu ke dalam buluh tersebut..kadang2 dia gelabah melihat api yang dibuat hendak mati..perit cahaya matahari dibiarkan begitu sahaja..selamba kodok jer..tanpa menghiraukan kulit hitam manisnya semakin menjadi lebih hitam, wanita tersebut tetap selamba melayan lemang2nya walau pun masih tiada customer yang datang membeli. Sesekali anak kecil yang berumur seawal 5 tahun dan tidak berbaju hanya mampu melihat emaknya mencari sedikit wang lebih hanya untuk membeli kelengkapan raya supaya raya kali ini anaknya kelihatan lebih meriah. Mungkin bagi wanita tersebut tak apalah kelengkapan dirinya..itu perkara no.2..anak2nya yang harus diutamakan. Bintang2 kecil itu yang patut menawan di pagi hari raya. Sungguh gigih wanita itu berniaga..aku harap gerai sekangkang kera itu yang dapat mengingatkan anak2nya bahwa suatu hari dulu maknya pernah menebal muka menjual lemang hanya kerana ingin melihat anak2nya beraya sakan..
Raya seakan tidak lagi bermakna untuk aku. Tiada lagi yang indah berkenaan raya. Tiada satu baju melayu pun yang bermakna tatkala aku memuatnya di badan pada pagi raya..Aku ingin benar merasa bagaimana raya seperti mereka yang lain..cukup lama aku tak merasanya..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN
SD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment