Wednesday, November 18, 2009

Penganggur Universiti

Laporan surat khabar Metro bertarikh 17.11.09 menyiarkan bahawa bilangan graduan yang menganggur sangat ramai. Laporan yang mengatakan bahawa graduan penganggur terhormat ini dianggar seramai 69 760 orang.

Bilangan ini diambil dari laporan yang diberi oleh Kementerian Sumber Manusia melalui pengisian borang JCS (Job Clearing System) di mana pekerja asing yang dibawa masuk ke dalam negara ini juga perlu dahulu mendattar di JCS.

Perkara ini sering ditimbulkan dan dipersoalkan di mana-mana serta mendapat perhatian di Parlimen apatah graduan dari UITM adalah bilangan tertinggi yang berdaftar dengan JCS.

Persoalannya dimanakah silapnya perkara ini?

Adakah negara kita yang kaya raya tidak memberi banyak peluang pekerjaan? Mestikah jika graduan yang terhasil dari satu-satu pengajian hanya perlu bekerja berkaitan dengan pengajian itu sahaja? Nampaknya itu sudah dikira memilih kerja..

Kita tidak akan boleh menganggar pendapatan bagi sesuatu pekerjaan tanpa menceburinya dengan penuh komitmen. Terdapat ruang yang diberikan majikan untuk tempoh pembelajaran walaupun apa yang dipelajari di pusat pengajian tinggi berlainan dengan pekerjaan tersebut.

Hakikatnya ia terpulang pada individu terbabit. Adakah kerana mengambil sikap memilih membuatkan mereka akan mendapat pekerjaan yang diidami? Adakah dengan memilih pekerjaan yang setaraf dengan apa yang dipelajarinya boleh menjamin mereka untuk terus kekal di puncak dalam sesebuah institusi pekerjaan terbabit?

Perlukah graduan jurusan jurutera yang mempunyai pointer cukup-cukup makan di IPT berharap secara tiba-tiba mendapat jawatan Senior Engineer?

Pekerjaan dan pembelajaran adalah satu situasi dan proses yang berbeza. Pendapat saya ialah proses pembelajaran adalah satu proses yang lebih kepada teori. Tetapi di dalam proses pekerjaan mereka perlu fleksibel samada dalam konteks amali, komunikasi, kecekapan dan "politik kerja".

Tidak mustahil terdapat mereka yang cerdik pandai semasa di IPT boleh berada di bawah orang yang tidaklah sangat kecerdikannya semasa di alam pekerjaan. Bagaimana pula situasi ini berlaku?

Adakah kerana rating kecerdikannya menurun? Pada pendapat saya jawapannya TIDAK. Mereka masih cerdik. Malah masih lebih cerdik dari orang yang kurang cerdik.

Bekerjalah selagi hidup walau apapun karier yang dipilih. Kerja adalah pilihan. Tepuk dada tanya selera. Mengundur mati, merangkak bertapak.

-Bintang jatuh-

Tuesday, October 27, 2009

PISAU CUKUR

Pawagam dijangka akan digegarkan oleh sebuah tayangan the movie baru bertajuk Pisau Cukur pada jangkaan tarikh 5hb November 2009. Lihat sahaja tajuknya rata-rata peminat penonton wayang sudah boleh baca apa mesej yang diutarakan oleh cerita yang dibarisi oleh pelakon-pelakon lelaki yang kacak serta pelakon-pelakon perempuan yang jelita dan seksi. Pada pendapat aku mesej apa yang dikatakan dalam filem Pisau Cukur ini adalah diertikan sama dengan "Kaki Ketuk Duit". Itu pandangan aku la. Tak tahu pula pandangan orang lain.
Pisau Cukur adalah peralatan yang digunakan oleh manusia untuk mencukur bulu samada bulu ketiak, bulu kepala atau bulu dimana-mana kawasan anggota badan. Tidak pelik jika aku katakan di ketika dunia serba moden dan canggih ini, manusia boleh mencukur bulu kambing biri-biri. Eh!! Mesin untuk mencukur bulu kambing biri-biri pun dinamakan Pisau Cukur jugak ker?? Pada aku itu juga dikira Pisau Cukur la..sebab itu dikira bulu. Bezanya kambing biri-biri tersebut tidak mencukur bulunya sendiri tetapi meminta pertolongan orang lain (pencukur)untuk membantunya mencukur bulu-bulu tersebut.
Manusia disifatkan makhluk Allah sebagai makhluk yang sangat istimewa. Jika tidak selesa dengan apa yang ada di tubuh badan dan ianya boleh diubah mengikut hukum syarak perkara itu diharuskan dan sesetengahnya disunatkan. Ini termasuk mencukur di kawasan beberapa anggota badan yang berbulu. Mungkin bila kita bincangkan isu ini ianya cukup sensitif kerana ianya melibatkan sedikit sensitiviti seksual manusia. Oleh yang demikian aku hendak berbicara mengenai Pisau Cukur pada sudut yang berlainan.
Tidak kira lelaki atau wanita, gelaran Pisau Cukur boleh dianugerahkan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira gender. Malah anugerah ini juga boleh mendapat pengiktirafan berbentuk makian dan sumpahan. Istimewa tu..Gelaran Pisau Cukur yang aku maksudkan adalah seperti maksud yang mula-mula aku ertikan iaitu Kaki Ketuk Duit.
Erti yang lebih dalam dan pedas adalah bagi mereka yang seperti tiada maruah, seperti tiada makbapak, seperti menidakkan erti cinta, seperti membangga diri bahawa duit itu adalah yang utama yang sanggup menggunakan individu lain di dalam suatu perhubungan yang tidak ikhlas hanya semata-mata untuk mendapatkan kepentingan dan kesenangan diri samada dalam bentuk wang ringgit ataupun harta benda.
Bagi aku mereka ini seperti orang murahan. Mereka lebih hina dari maknyah-maknyah dan pelacur di lorong-lorong. Sangkaan bahwa hanya wanita sahaja tergolong di dalam kategori tersebut adalah tidak benar. Terdapat juga kaum Adam yang berperangai buruk seperti itu. Tetapi aku juga tidak nafikan bahawa golongan wanita lebih ramai yang tergolong di dalam kategori ini. Entah di mana silapnya. Dan siapa yang harus disilapkan. Si Ketuk Duit ka? Si Mangsa ka? Jika yang dikikis itu adalah seorang yang kaya dan mempunyai banyak harta, tentulah golongan ini berada pada kedudukan yang selelsa dari segi akedemik dan taraf hidup. Tetapi demi dihanyut perasaan yang di"cipta" oleh Si Ketuk Duit, maka segalanya adalah indah. Indah yang Bodoh.
bersambung..

Thursday, October 22, 2009

HuRA Vs AMor

Sepanjang minggu ini ada sahaja yang tidak kena. Berkarya tanpa arah tuju dan tujuan membuatkan hidup ini seperti dihayun dengan buai yang laju. Tangan yang menghayun buai itu pula kuat. Maka lajulah buai itu. Bagi aku yang mempunyai tangan yang kurus kerana tidak mampu membesarkan tangan atau berlagak seolah-olah mempunyai tangan yang besar tidak mampu menghayun buaian tersebut dengan laju.

Semalam aku teringatkan Si Amor. Entah di mana silapnya kenangan yang dah berkubur, aku masih mengingatkan lagi. Apa la aku ni..Taraf, gaya hidup, ideologi dan pandangan aku dan Amor sangat berbeza. Adakah perbezaan yang membuatkan kehidupan aku dan Amor lebih menarik?Adakah SAMA bererti BOSAN? Perlukah kita selalunya sama?
Pernah sekali dua aku menonton cerita perang Combat. Adakah keberanian sahaja yang diadaptasi untuk cerita ini? Sesekali cerita ini paparkan beberapa tentera terkena peluru dan mereka tidak mati katak. Mereka menahan kesakitan memperjuangkan nyawa sendiri ketika itu. Argh!!!! Betapa peritnya terkena peluru tersebut. Kalau mati katak terus masa tu kan tak perlu menahan kesakitan yang teramat sangat.
Menahan kesakitan Cinta itu lebih sakit dan perit. Kerinduan tak seindah seperti yang disangka. Menahan kerinduan tanpa melepasnya seperti sembelit yang berada pada tahap maksima. Bayangkan sejenak...(sudah bayangkan???) Bukankah pakar Cinta mengatakan Rindu itu indah. Entah di mana indahnya..aku pun agak sukar untuk menganggukkan kepala kerana itu.
Bintang..berkediplah..jatuh dan aku akan dakap kau erat-erat.

Thursday, October 15, 2009

Hidung dan Lalat


Tahi lalat di dagu tiada ertinya tanpa muka yang berseri. Menjadi impian setiap insan supaya tahi lalat kita diletakkan pada anggota badan atau part-part yang kia suka. So, jika diletakkan pada tempat yang betul maka kita boleh la paparkannya tanpa mengambil kira ianya tahi lalat tetapi aksesori tambahan semulajadi yang menonjol. Phua Chu Kang, Azean irdawaty, Kak Pah dan beberapa selebriti yang mempunyai tahi lalat yang menonjol membuatkan mereka lebih tertonjol. Adakah anda setuju dengan penilaian dan teori saya ini? Sudah tentu ada yang setuju dan sudah pasti ada yang nak membangkang jer penulisan aku ni..tapi lantak la..ni blog aku..nak cerita pasal tahi hidung pun aku kisah aper..
Sepanjang minggu ni sebenarnya tekde kene mengena pasal tahi lalat pun..sajer nak buat opening yang boleh wat kita sedar tentang impian masing-masing. Impian Tahi Lalat.
Minggu ni aku pi tengok Papadom. Papadom pun takde kene mengena dengan tahi lalat. Tahi hidung apatah lagi. Cume saper yang menonton mungkin citer tu ader terkait dengan kisah korang sape la yang tau..Apepun jari ibu naik untuk pengarah nyer..Dengarnye pengarah nyer terlebih berat tak turun-turun. Ngerik!!!
Hidup Papadom!!!


SD

Monday, October 12, 2009

sElAmaT UlAnG TaHUn BoSs..


Kuning menjadi segalanya untuk hari ini..jangan katakan pokok-pokok yang berwarna hijau..apatah lagi dinding luar bangunan ini..semuanya sudah kelihatan kuning..itu lah tema ulang tahun hari jadi bos aku..
Entah kenapa..ape yang membuatkan dia menyukai warna kuning..hanya empunya diri sahaja yang tahu..
Sejak pukul 12 malam tadi bermula lah tahun yang ke-26 untuk bos aku. Semoga berjaya dalam kehidupan luaran(kerjaya) dan dalaman(sosial).
Semoga *L pun boleh hidup bahagia..
Jangan katakan *L..MST pun boleh hidup bahagia..
Si Kuning??

Heppy Birthday Bos!!

SD

Sunday, October 4, 2009

XX vs XY


Malam tadi hujan lebat. Sangat lebat. Anak mata aku mengecil tatkala menerjah keluar jendela. Tiada apa yang terlalu jelas kelihatan. Kesejukan hujan membuatkan aku leka bahawa jam menunjukkan tepat pukul 12 malam. Waktu aku habis kerja. Yabedabedooo...
"Bantal disorong..pipi pula yang tersorong-sorong"-pepatah bagi mereka yang ngantok tahap robot Gaban..itulah pepatah yang sesuai untuk aku. Terlupa solat Isyak aku terus menempelkan pipi gebuku ke bantal. Selimut(free gift Caltex) dan Toto biru pinjaman bos aku langsung tidak digunakan sama sekali. Bukan sombong tetapi kita kene respect pepatah tadi.
Sedang aku melayan tidur lenaku..aku bermimpi. Mimpi malam ni sungguh menyedarkan aku walaupun objektifnya tetap tidak jelas. Aku bermimpi bahawa ayahanda aku telah "pergi" selama-lamanya. Bukankah itu menakutkan? Ikhlas dari lubuk hatiku berkata : "Abah janganlah pergi dulu. Masih banyak perkara yang perlu berubah dan diubah. Semuanya pasti untuk Abah. Abah, aku tidak perlukan sangat anak yang comel, isteri yang cantik dan kekayaan yang melimpah ruah, tetapi cukuplah sekadar dapat memberi keceriaan dan kebahagian di wajah Abah. I love U Dad. U are the One. U always be the One."
Semoga mimpi tadi tidak melangkaui doaku..kalau berani langkau..langkah Misai Tebalku dulu..
Itu ceritera duka..Ini ceritera suka untuk hari ini..
Bangun pagi dari mimpi yang aku anggap mainan dan cabaran, bos aku mengajak aku bersarapan di luar. Semalam aku dan bos aku joging dahulu dan baru sarapan. Tetapi pagi ni berbeza sikit. Aku dan bos aku bersarapan tanpa berjoging dahulu. Anda nak tahu apa yang kami sarapankan? Beberapa keping roti canai. Anda tahu sekeping roti canai kosong bersamaan dengan apa? Sama seperti jikalau kita berjoging sejauh 90 km dan baru hilanglah segala lemak dan kalestrol yang ada didalamnya. Kalau roti bawang tak silap saya 100 km. Kalau roti telur mungkin tambah 20 hingga 30 km lagi. Arghhh...kalau roti planta lagi la..so, moralnya jangan makan roti canai ataupun berjoging dengan distance yang jauh. Tak pula bermaksud kalau tak makan roti canai tak perlu joging yer..
Alamak!!!Kedai roti canai yang selalu tu tutup!!SZHING!!SZHING!!SZHING!! Jadi aku pun terus pergi ke kedai roti canai yang lagi satu. Tak jauh pun dari situ. Cuma bos aku cakap kedai yang lagi satu ni tak bape nak sedap sangat. Disebabkan malas nak cari tempat lain maka kami pun bersetuju untuk bersarapan di kedai tersebut. Jalan tar dilintas oleh kami berdua dengan cukup hati-hati. Kelihatan aku dengan berseluar pendek putih merasa diri ini terlalu seksi pulak. Namun tiada gadis sunti yang berada di kedai tersebut. Alangkah ruginya gadis-gadis sunti tersebut kerana tidak berpeluang melihat aku berpakaian sebegitu rupa. Arghh..biarkan mereka..aku pun kadang-kadang tak selesa jugak kalau asyik selalu dipandang dan dingorat oleh gadis-gadis ni. Privacy is not for all place.
Sedang aku meninjau untuk mencari meja kosong, ku terlihat seseorang seperti pernah ku lihat. Tapi di mana ya?? Jeng!Jeng!Jeng! Serentak ketika aku melihat si dia(lelaki), si dia pun melihat aku. Perkataan pertama yang terkeluar dari mulut aku "hang Apek ka?". Dia pun membalas "hang Bong kan?". Anda tahui siapa Apek ni? Dia adalah kawan aku semasa menuntut di matrikulasi ketika dahulu. Dia juga adalah rakan seunibersiti aku jugak. Bezanya di matrikulasi aku sekuliah dan seasrama dan semasa di unibersiti kami berlainan kos. Apek ni juga adalah bekas juruteknik Winet yang juga merangkap individu yang pernah bekerjasama dengan bos aku sekarang ni. Sebabnya bos aku agen Winet suatu ketika dahulu. Maka kami berboraklah..Apek dah berkeluarga. Anak dah sorang..lama jugak kami berborak. Cerita pasal kisah lama..kenakalan dan kedegilan sewaktu remaja, rakan-rakan lama dan sedikit komen pedas terhadap pengurusan Winet (bab tu aku tak masuk campur..depa yang komen). Akhirnya kami meminta diri dan Apek dengan murah hati belanja kami sarapan pagi tu..Apek, semoga hang murah rezeki.
Itulah kisah hari ini..bye. Selamat Maju Jaya. Dogewedoh..Noh O?Noh O? Seaa seaa!!Say Whud?

SD

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

Anak mata aku cube menembusi tingkap kaca berbingkai alluminium..biasan dari ketumpatannya tidak mengganggu untuk aku fokus kepada gerai tepi jalan di luar yang dah start menjual lemang2 panas.Bagi aku yang tak berapa minat sangat makan lemang, hanya mampu lihat skil2 mereka memasak lemang. Di luar sana kelihatan seorang wanita berumur awal 40-an berligar-ligar di keliling gerai menjual lemangnya. Entah ape yang dibuatnya. Sekejap dia mengambil buluh..sekejap dia measukkan suatu ke dalam buluh tersebut..kadang2 dia gelabah melihat api yang dibuat hendak mati..perit cahaya matahari dibiarkan begitu sahaja..selamba kodok jer..tanpa menghiraukan kulit hitam manisnya semakin menjadi lebih hitam, wanita tersebut tetap selamba melayan lemang2nya walau pun masih tiada customer yang datang membeli. Sesekali anak kecil yang berumur seawal 5 tahun dan tidak berbaju hanya mampu melihat emaknya mencari sedikit wang lebih hanya untuk membeli kelengkapan raya supaya raya kali ini anaknya kelihatan lebih meriah. Mungkin bagi wanita tersebut tak apalah kelengkapan dirinya..itu perkara no.2..anak2nya yang harus diutamakan. Bintang2 kecil itu yang patut menawan di pagi hari raya. Sungguh gigih wanita itu berniaga..aku harap gerai sekangkang kera itu yang dapat mengingatkan anak2nya bahwa suatu hari dulu maknya pernah menebal muka menjual lemang hanya kerana ingin melihat anak2nya beraya sakan..
Raya seakan tidak lagi bermakna untuk aku. Tiada lagi yang indah berkenaan raya. Tiada satu baju melayu pun yang bermakna tatkala aku memuatnya di badan pada pagi raya..Aku ingin benar merasa bagaimana raya seperti mereka yang lain..cukup lama aku tak merasanya..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN

SD

Wednesday, September 9, 2009

Kau..bukan yang akan aku lupakan...

Berdarah air mata belum tentu hari ini akan berulang. Seperti pagi yang kebiasaan, manusia tak pernah lari dari kesebokan kerja. Hon-hon kenderaan sering berlawan di antara mereka. Bermaksud hari ini sudah bermula..Bermulanya 09.09.09..
Hon2 tadi la yang membuatkan beraduku tak lena langsung..penat semalam tak habis lagi..hon bas kilang, van kilang dan kenderaan sekolah membuatkan aku tak senang nak selamba tutup mata lagi..tu tak kira mat-mat rempit yang nak tak nak pi sekolah dah weng-weng pagi2 buta..ape la diorang ni..pagi2 dah berlumba..aku pun ader motor jugak..jenama Modenas..laju satu lapan..tapi takde nak modifai ekzos pon..cakap pandai la..amik motor cabuk ko..try..tengok..
Motor modenas 100 cc aku ni pernah kalahkan modenas 120 cc masa sprint test last day ngan budak tempat keje lame aku..kiteorang test jalan depan kilang lame aku..ade 2 tiang Telekom jugak aku tinggalkan..tapi tu citer dulu..sekarang jangan katakan motor..beskal Nyanmar pun aku tak mampu nak tunggang..
Setelah keadaan pagi tadi senyap balik aku pon tidur balik..Tup..Tup..alamak dah pukul 9.30pg..Aku bingkas bangun dan sempat berangan cintan beberapa minit selepas tu..tak lame lepas tu..friend aku@bos aku kejut guna telefon bernombor DIGI yang baru jer billnyer diclearkan semalam malam..berlagak la tu dah bayar bill..esok2 aku plak yang bayar..Bos jom pi Giant??Bayar bil Maxis.."Nak pi nek pe?"bos aku bertanya.."Nek keta Bos la.."..keta bos aku jugak yang akan bawak aku pi bayar nanti..so,jangan sesekali kita terbelagak, membelagak, belagaki,dibelagak ngan bos kita..kalau kita membelagakkan diri maka bos kita akan cakap"Bewok binate ni..".Bos aku ni orang kelate..tu pun kalau time die moody habis bahase kelate die kecek..ngan aku yang lidah beras ni pun leh join kecek sekali..Kelate..Kelate..Salem..Sawek..
Oooo...sebenarnye bos aku kol pagi2 nak ajak pi Jaring Langit(kalau jiran nenek aku panggil Sky Net)..Yes!!Ini lah masanya utk aku terhegeh2 tembokkan muka tumpang supaya aku leh hantar kad2 raya kepada orang2 yang tersayang..orang yang comel..dan orang2 yang kita nak sangat amik berat pasai diri yang tertulis namanya atas kad raya tersebut..fuihhh..inila syoknyer jadi perantau..habis macam citer dalam TV..jadi perantau mesti rendu nak balik kampong..kalau dengar jer lagu raya..sayu jer macam kiter ni takde saper la nak sayang(takde kene mengene..abaikan)..
Situasi di dalam Pos Office:
Situasi di dalam kedai Jaring Langit aku tak na la tulis..pasai takde gurlz dalam kedai tu..so aku sengaja tak nak tulis..dah pandai aku cakap gurlz la ni..
Situasi dalam pejabat pos agak biase jer..aku terus menuju ke kaunter Setem..tapi mula2 aku tanya kalau hantar kad raya gune setem sampai bape lame..gurlz yang kat kaunter tu tengok kat aku balik..la..nak ngorat la tu..aku wat tak tau..sombong maut aku ni..setelah kecewa kerana dilayan sebegitu rupa gurlz tersebut pon terus cakap yang leh sampai minggu depan..Yahoo!!!Ini bermakna aku leh amik balik kad2 raya kat dalam keta bos aku dan masuk balik kat dalam pejabat pos tersebut..tapi peluang dan saham kali ke dua aku untuk masuk menapilkan diri ke dalam pejabat pos tersebut menurun mendadak-dadak..ini disebabkan bos aku ikut sekali masuk..so terpakse menerima ketentuan seadanya la..masuk2 jer terus aku beratur membeli setem yang ade..Ooo..hari ni ade setem special adition rupenyer..beruntung la aku..yang tak beruntung bab yang bos aku ikut masuk dalam pejabat pos je la..
Aku beli hok RM 0.50 3 keping dan hok RM 0.30 sekeping..lantas tanpa membuang mase menampalnya..sempat berdoa dalam hati moga2 sampai ke destinasinye sebelum takbir raya..Time aku menyelotkan kad2 raya tersebut terasa nak balik terus jer ke kampong..jumpa ayahanda tercinta dan orang yang tersayang..syahdu dan sayunyer..
Kereta bergerak meluncur laju..lagu dalam siaran Hot Fm diselingkan dengan lagu2 raya old school..Bos aku yang ashik dok melayan shift gear wat tak tau jer intipati lagu2 raya tersebut..sesekali anak mata melayang meninjau keluar tingkap kereta..Entah ape yang dilihatnyer..time tu gurlz2 yang berkeliaran dan memintas2 jalan dibiarkan begitu sahaja..ruginye gurlz2 tu kerana tak diayat aku..tapi nak wat camner..bukan rezki diorang..selalu fanatik jugak mate aku melihat dan mengkaji wanita dan gurlz ni..


SD

Monday, September 7, 2009

Sukar kan??

Masih kah kita ingat bila kita masuk darjah satu..Kalau aku masa darjah satu aku ni memang sangat pemalu..sepanjang tahun memang takde kawan..jiran aku Jai(Azry Jaihan) pun tak tegur aku masa darjah satu..tapi sekarang dia kawan baik aku..sekarang dia jadi petani moden..bagus impian tu..berbakti pada tanah..aku penah ikut dia p tempat die bertani..jangan cakap 5 jam..sejam aku dok tengah perit matahari pun mulut aku dah tak benti2 mengomel2 menahan panasnye matahari tu..surrender..
Berbalik cerita darjah satu kita..cikgu yang paling mudah ajar kite mestilah cikgu yang ajar bahase Melayu kan..kan..kan..aku ni bukan nak berlagak la..tapi sebelum masuk darjah satu aku dah leh eja SAYA.tapi seperkataan tu je la..yang lain haram maut tak tau..tak boleh cukup berlagak lagi tu..masuk jer cikgu BM (tak ingat nama tapi pompuan) aku bersemangat nak belajar..ye la..BM..bahasa hujung lidah aku..walaupun aku pendiam tak bererti aku gagap dan tak paham2 bahase melayu..lepas ucap Selamat Pagi dan Assalamualaikum cikgu..ketua darjah(dipilih secara diktator) yang lead dan seterusnya kami duduk senyap..ye la..takkan hari pertama budak2 nak wat bising lak..kang ader yang sekolah sehari jer..
Cikgu anggun(aku kecik2 dah pandai cakap anggun) pun memulakan kelas..."OK murid2..hari ni kita belajar huruf"..cikgu anggun tersebut terus memulakan kelas.."3 huruf pertama yang cikgu nak ajar ialah A,B dan C".Oooo..la..ABC jer..bagi nyai(bahase jawa dalam melayunya:nenek) aku pun boleh pass nyer..ABC tu kacang sangat..
CINTA..CINTA pula tak semudah ABC.Cinta perlukan pengorbanan..CINTA sememangnya memerlukan pengorbanan..CINTA memerlukan sikap tolak ansur..CINTA memerlukan perasaan lain yang istimewa dan datang sekali dengannya..CINTA itu murni..ia cukup istimewa..Kurniaan yang Ilahi dan ia harus di hargai..kalau kita gagal dalam berCINTA tak bermaksud langsung kita tak boleh berCINTA dan diCINTAi..ia adalah milik Tuhan dan milik orang2 yang menghargai kasih sayang..Janganlah sesekali membeli CINTA..janganlah membiasakan CINTA dengan harta benda..semai dan suburkan dengan kasih sayang yang ada dengan cukup teliti..hargailah sementara ianya masih wujud..CINTA akan pupus jika ia tidak dihargai..percayalah..

SD

Sunday, September 6, 2009

Kuntum

Bintangku..
Maaf kalau semua tidak berjalan seperti yang kita mahu,
Kadang kita berharap Tuhan akan menunjuk jalan kita,
Tapi membuka sedikit tabir rahasianya,
Seperti matahari yang terbit di timur,
Dan terbenam di barat,
Atau seperti waktu yang tidak pernah terhenti,
Perasaanku akan selalu dekat padamu.

Sepi bicara,
Betapa sempitnya waktu,
Betapa terasa besarnya chinta,
Itupun aku percaya ada hidup setelah mati,
Kita tak pernah bertemu lagi.

Bintangku..
Kita selalu mencoba menghargai hidup agar lebih bererti,
Meskipun kecil..tapi embun adalah petanda datangnya musim semi,
Suara burung..atau burung yang indah adalah bukan pilihan,
Duanya akan selalu kita nikmati.

Jika aku harus memilih aku tidak akan memilih,
Kerna angin akan selalu membawa lagenda cerita kita,
Yang akan selalu berakhir bahagia,
Hanya waktu yang bisa merengutmu dari aku..

Carilah aku..
Di balik rimbunan kuntum-kuntum bunga..
Yang menghiasi taman hatimu..

Adakah aku pilihanmu??

SD